♔Trip to Penang Island♔
29.9.13 | 8:56 AM | 1 love drops
Assalamualaikum !

Pa kabaq hgpa suma ?
Haha . entah betul ke tak aku cakap penang nih .
Well , memandangkan aku da study kat Penang nih , so kena lah belaja sesikit cakap loghat utagha .
Susah juga aku nak faham apa yang diaorang cakap . Dah lah cakap laju . Haih .

Teringat pulak time first first aku datang Penang ni .
Malam tu satu family gi  makan luar . Pastu singgah sat kat kedai runcit sebab mama tak bawa toothbrush . Haih . Pegi jejauh boleh pulak tak bawak toothbrush .
Then , kitaorang pun pegi la beli . Aku ada lah beli makanan ringan sesikit . Hehe , jajan jajan XD
Pastu time nak bayar ,akak cashier tu pun habaq lah harganya . "semua sekali , 10 ringgit 2 kupang".
Parent aku dah terpinga-pinga . dengan aku aku sekali buat muka pelik .
Kupang ? kupang tu apa ? bunyi macam  makanan laut je .(maklumlah time tu baru habis makan . masih mood ingat makanan lagi.wakakaka)
Then , ayah aku tanya mak aku , mak aku tanya ayah aku balik . Diaorang tak tanya aku sebab diaorang tau , aku pon tak tau . wakakakaka
Then , tetiba pakcik aku pon datang . Maybe dia pelik kot "awat lama sangat" . Haha . pakcik aku ni pena belaja kat UUM dulu . So , dia dah biasa dengan bahasa utagha ni . Dia lah yang bagitau kitaorang maksud kupang tu .
Ohhh~ 20 sen rupanya . Kat sini orang panggil 2 kupang . okay okay . Hehehehe.
Pas bayar kitaorang gelak gelak . Susa jugak kalau tak faham ni ek .
Then , dari situlah aku faham kupang tu apa . Time nak bayar kat kafe or koop takde la pelik sangat bila abang or akak tu cakap perkataan 'kupang' . Hehehe .

Ehhh...pepanjang aku cite takde kena mengena pun dengan tajuk aku tuh --'
Senanye aku nak cite .. time cuti 3 hari kat kmpp , (cuti sbb apa entah aku pun tak ingat)
aku dengan schoolmates suma gather and pergi ke Penang Island . Naik feri tau . RM1.20 je untuk pergi dan balik .

Meh tengok ni --

tengah beratur tunggu ketibaan feri--

kawan kawan seangkatan dengan feri--waaahh

we are about to take off !! *ceh ! macam naik flight pulak . haha .

Waaahh ! nampak tak ? the other side of Penang . The Island . So nice view from top of the ferry .

Yeayy !! kami dah nak sampai !! excited tak terkata time tu XD

Yeayy ! Experience weh . First time naik feri . Jakun macam apa . 
Anyway , kitaorang dapat masuk bilik kapten tau . ada aircond~ kelas kau jah . Haha .
Ada abang kerja situ yang bagi naik . So, kitaorang pun buatlah rombongan cik kiah masuk dalam bilik kapten tu . Pakcik kapten tuh sporting gila . Seronok sangat interview dia . kihkih . 
Pastu jejalan kat atas feri tu . bukan sembarang orang dapat naik tau . vvip macam kami je dibenarkan . *ceh .bajet la kau .
Berada kat atas feri memang fefeling macam kat cite titanic tu . "You jump i jump" . wakakaka . 

Okay . Sekian . Nanti if ada peluang datang Penang , korang must try naik feri tau . Seronok weh aku cakap. angin banyak and pemandangan yang cantik aku cakap kau . Try try :D

Hearts, pelangiツ

♥ Past